Sunday 10 July 2011

Makanan Sejuk Beku (Frozen Food)

Salam Semua..

Kali ini kami mengorak langkah lebih maju ke hadapan dengan memperkenalkan produk baru kami iaitu makanan sejuk beku (frozen food). Semestinya makanan yang kami bekalkan ini halal dan bersih. Memandangkan masyarakat hari ini masing-masing sibuk dengan tugasan seharian, kami megambil inisiatif untuk membekalkan makanan kepada anda semua dengan jumlah dan harga yang berpatutan.


   Dibawah merupakan jenis-jenis makanan sejuk beku yang kami bekalkan:

1.   KARIPAP MINI (A/D/S)
2.   KARIPAP (A/D)
3.   SAMOSA (A/D)
4.   DONAT
5.   PAU (KCG/KELAPA)
6.   PAU GORENG (KCG)
7.   PUTERI AYU (PANDAN /JAGUNG / KELADI)
8.   RENDANG KASTURI
9.   GETUK UBI
10. POPIA OTAK-OTAK
11. ROTI CANAI
12. MAGELEK / MASALAVADEI
13. KEBAB (A/D)
14. CAKUI

Tuesday 5 July 2011

Kurma Ajwa : Dari Hadis hingga ke Khasiat

Siapa pun yang pagi-pagi makan tujuh buah kurma ‘Ajwah, maka pada hari itu dia tidak  mudah keracunan dan terserang penyakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Apakah yang terbayang  difikiran kita menjelang berbuka puasa ? ABC, jus, kueh yang manis-manis atau bermacam jenis makanan yang menyelerakan !!! Tidak disangkal lg, perkara  itulah yang muncul ketika kita membuka puasa. Namun, bukankah minuman dan makanan tersebut memiliki kesan sampingan yang kurang baik disaat tubuh beristirehat dari makan dan minum selama seharian ???
Untuk menghindari  hal negatif itulah, Rasullah s.a.w,menyarankan kita memakan kurma yang sangat bermanfaat bagi yang sedang berpuasa. Sabdanya, “Apabila salah seorang diantara kamu puasa, hendaklah berbuka dengan kurma , bila tidak ada hendaklah dengan berbuka dengan air, sesungguhnya air itu bersih.” (H.R. Ahmad dan Tarmidzi). Bahkan, dalam keadaan tidak berpuasa pun (diluar bulan Ramadhan), buah kurma memiliki faedah yang sangat besar untuk kesihatan tubuh kita.

Kurma adalah sejenis tumbuhan palem (palma) atau dalam bahasa latinnya lebih dikenal dengan phonex dactylifer yang berbuah dan boleh dimakan, baik dalam keadaan masak mahupun masih mentah. Berdasarkan penelitian para ilmuan, kurma kaya dengan protein, serat gula, vitamin A dan C serta mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein didalam kurma sebanayk 1.8 – 2.0%, serat sebanyak 2.0 – 4.0 % dan gula sebanya 50 – 70 % glukosa.

Dengan kandungan gula seperti itu, kurma mampu memberi tambahan tenaga bagi orang yang berbuka puasa hingga ia akan merasa segar dan bertenaga uuntuk beribadah tanpa rasa letih ataupun mengantuk. Biasanya, bagi yang merasa letih dan mengantuk disaat melaksanakan solat tarawikh disebabkan makanan yang kebanyakannya mengandung karbohidrat yang tidak menyediakan tenaga tambahan. Oleh itu, untuk menghindari hal tersebut, buah kurma adalah jawapannya.
Kenapa ? Sebab, sebagaimana penelitian yang dilakukan Badan Kesahatan Dunia (WHO), zat gula yang ada didalam kurma itu berbeza dengan gula pada buah-buahan lain seperti gula tebu atau gula pasir yang mengandung sukrosa dimana zat itu langsung diserap ke dalam tubuh. Hal ini membuatkn gula itu harus dipecahkab terlebih dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa. Sebaliknya, kurma tidak memerlukan proses sedemikian.



Sementara potasium didalam kurma berguna untuk mengatasi masalah stress, sembelit dan lemah otot. Tidak hanya itu, berkat zat besi dan kalsium yang ada pada kurma, orang bakal terhindar dari penyakit yang beresiko tinggi seperti penyakit jantung dan kencing manis.


Bila dimakan oleh anak-anak, maka kurma memberi khasiat untk mencerdaskan otak mereka. Cukup beralasan, bila Rasullah s.a.w menganjurkan bagi para isteri yang mengandung untuk makan buah kurma. Kata Nabi, “Berilah makan buah kurma kepda isteri-isteri  kamu yang sedang hamil. Kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas. Sesungguhnya makanan Siti Maryam tatkala melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah kurma. Sekiranya, Allah s.w.t., menjadikan suatu buah yang lebih baik dari pada buah kurma, maka Allah telah memberi makan buah itu kepada Siti Maryam.” (H.R. Bukhari)

Adalah Q.S. Maryam, ayat 25-26 perihal Siti Maryam yang disinggung Nabi diatas. Firman Allah, “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, maka pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
Waktu itu, dikisahkan Siti Maryam hendak melahirkan Nabi Isa a.s dibawah pohon kurma. Lalu Malaikat Jibril datang dan menyuruh Maryam menggoncangkan pohon kurma. Buah kurma yang matang itu berjatuhan. Dan Maryam pun memakan buah kurma yang telah masak tersebut. Atas izin Allah s.w.t dan kebesaran- NYA, proses persalinan atau kelahiran Nabi Isa a.s menjadi mudah.

Berdasarkan hadis Rasullah dan firman Allah di ataslah, kurma sangat berkhasiat bagi wanita yang sedang hamil dan nifas (setelah melahirkan). Hal ini diperteguh olah para ahli kedoktoran bahwa unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang sangat berguna untuk membentuk dan menambah kandungan air susu ibu. Lebih dari itu, anak-anak pun dapat mengambil manfaat dari buah yang biasa tumbuh didaerah Arab ini. Dengan kurma, pertumbuhan anak-anak dan sumsum tulangnya akan berkembang dengan baik.


Wajar bila Rasullah s.a.w memberikan tips untuk makan tujuh butir kurma setiap harinya supaya terhindar dari segala penyakit fizikal. Mengapa Nabi menyebut kurma ‘Ajwah didalam sabdanya..


Berdasarkan asbabul wurud (sebab-sebab turunnya suatu hadist) disebutkan dulu Nabi Muhammad s.a.w kalau berbuka puasa yang dimakan adalah kurma. Kurma yang dimakan itu diberi nama ‘ajwah (ajua). Ceritanya, pada saat itu ajua adalah nama anak Salaman Alfarisi, orang nasrani yang akhirnya masuk Islam. Dia mewakafkan lahan kurmanya untuk perjuanan Islam. Untuk mengenang jasa-jasanya itu, akhirnya Rasul menamakan kurma yang dimakannya saat berbuka puasa sebagai kurma ajua. Bahkan, dalam hadist yang lain Beliau sendiri sempat menyatakan, “Rumah yang tidak ada kurmanya seperti rumah yang tidak ada makanan.” Perkataan Rasullah tersebut menunjukan betapa pentingnya khasiat yang dapat diambil dari buah kurma. Sehingga, setiap keluarga mesti menyimpan kurma sebagai penganan wajib dirumahnya. Oleh arena itu, kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dibulan puasa saja, tapi juga menjadikan kurma makanan sehari-hari. Entah itu dimakan pagi hari sebagaimana yang pernah dianjurkan Nabi diatas atau sebagai makanan ringan ketika sedang santai.
Dengan cara begini, kita tidak hanya mendapatkan kesihatan tubuh tpi juga memperoleh pahala kerana menjalankan sunnah Rasullah s.a.w. Wallahu’alam...
Sumber : Majalah Hidayah

KUrma Oh KurmA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.x rugi sekiranya korang2 masuk ke blog ni...sbb...kali ni sy akan show kan korang dgn kurma2 yg sgt delicious..erm...nYummy...;)






sebenarnye...Menyedari khasiat Kurma yang begitu banyak, sy ingin ingin menerajui pasaran dengan harga yang amat berpatutan bagi pemborong dan penjual kurma. InsyaAllah, sy berharap dapat membantu Umat Islam supaya hidup lebih Sihat di mana jua.




Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, boleh hubungi saya melalui telefon atau emelkan kepada:


J.N.shiela@gmail.com
0197317570




Jom Order SEKARANG!!


Jenis-jenis Kurma:


1. Ajwa     100g =RM12.00
2. Suqaey   300g =RM17.50
3. Safawi    300g =RM 16.30
4. Sufri        300g =RM 13.00
5. Khudri    300g =RM 14.50